Sehari dua ini, saya kehilangan kunci. Kata rakan, saya sengaja hilangkannya.
Mana mungkin, itu antara kunci penting. Mana mungkin saya sengaja hilangkan sedangkan kunci-kunci lain dalam gugusan yang sama masih ada digantung pada dinding.
Saya cuba mencari, bahkan melihat-lihat kembali jalan yang pernah saya lalui. Memang saya temui, ia keciciran di situ. Namun, saya berpatah balik.
Rakan tadi bertanya; kenapa kunci yang keciciran itu tidak dipungut dan disatukan kembali dalam gugusan kunci milik saya.
Pendapat dan kepentingan boleh berubah. Kadang-kadang, perkara yang dirasakan penting perlu kita tinggalkan atau lepaskan sahaja. Jika dikutip atau disimpan, hanya akan menambah beban membawa gugusan kunci dalam beg sandang; itu yang saya fikirkan.
Barangkali seringnya, kita menginginkan sesuatu yang baik pada pandangan kita namun tidak pada pandangan Tuhan, dan begitulah sebaliknya. Teruskan berjalan, dengan kunci-kunci lain.
Kredit gambar: http://www.flickr.com/photos/smartus

Julai 9, 2009 at 2:29 pm
salam ziarah
Julai 9, 2009 at 3:24 pm
kak nas, shim nak tinggal bersama gugusan kunci2 itu, jgn tinggalkan shim. ukhwah kita amat istimewa.
Julai 12, 2009 at 11:17 am
barangkali bukan kunci tertinggal, tapi kunci sengaja menyepikan dirinya daripoada gugusan kunci
Ogos 16, 2009 at 1:21 pm
la … tangan kau ke ni?