Cuba lihat ke langit, ada objek yang sangat bercahaya hingga malam bertukar putih. Itupun, andainya malam tidak terlalu mendung seperti seringnya malam-malam yang lepas. Apabila memandang purnama, saya cuba-cuba membayangkan wajah seorang lelaki yang tersenyum dan mendamaikan, yang mana wajahnya digambarkan umpama bulan purnama. Selawat dan salam buat baginda dan keluarganya…
Telah terbit bulan purnama ke atas kami
Maka hilanglah seri bulan-bulan yang lain
Seumpama cantik wajahmu
Tidak pernah kami lihat
Sekali-kali wahai wajah berseri
Engkau umpama matahari
Engkau umpama bulan
Engkaulah cahaya diatas segala-galanya
Engkaulah emas yang mahal harganya
Engkaulah pelita
Yang menerangi seluruh hati
Dari Qatadah bin Milhan r.a, berkata: Rasulullah S.A.W menyuruh kami berpuasa pada hari-hari putih, iaitu hari 13, 14 dan 15 (setiap bulan Islam)
Nota: Semalam, hari ini dan esok ialah 13, 14 dan 15 Rejab 1430H
Kredit gambar untnuk http://www.cbs.com/forum/posts/list/105/39625.page
Julai 7, 2009 at 10:59 am
kalau ada majazi yang lebih agung, sudah kita gunakan majazi itu utk menyempurnakan kecintaan kita kepada lelaki berkenaan.