Jun 2, 2009
Posted by puteribongsu under
penulisan,
sastera [6] Comments

“Islam bukan melarang cinta, bahkan perasaan itu dicipta oleh Allah bersesuaian dengan fitrah manusia, sebagai pengubat jiwa yang sentiasa berkeluh-kesah dan sentiasa berasa kehilangan,” Ustaz Firdaus berhenti seketika, seraya meneguk air kosong yang sedia diletakkan di sisinya. Diana yang mula tersengguk di sebelah ditepuk kasar, menyentakkan gadis itu dan dia membetulkan duduk sambil menggosok-gosok mata.
“Kita menjadi penggila cinta apabila cinta bersendi nafsu terlalu diagungkan sehingga melupai kuasa sebenar pemegang cinta, iaitu Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Sebab itulah Islam datangkan ajaran yang lengkap untuk menjaga perasaan ini agar kehidupan manusia tidak dikucar-kacirkan oleh cinta itu sendiri.” Suara Ustaz Firdaus menusuk ke teras perasaan.
“Jadi, cinta yang disekalikan dengan akal itulah yang menjadikan kita pencinta yang normal dan rasional. Anak-anakku, cinta bersendi nafsu yang digilai banyak manusia umpama sebatang tiang yang digilai anai-anai. Zahirnya kukuh, namun terlalu rapuh buat menongkat sebuah rumah, apatah lagi untuk berdiam di dalamnya.” Kesimpulan ceramah Ustaz Firdaus malam itu memalu perasaan dan ada kesalan yang bertindan-tindan. Ustaz Firdaus yang belum bangkit daripada lantai surau dipandang, seperti ada bayangan arwah ayahnya bersebelahan ustaz itu.
“Engkau menangis?” Diana menyinggul lengannya ketika pelatih-pelatih lain mula bangun dan bersedia menyertai jemaah isyak yang akan diimamkan oleh Ustaz Firdaus.
Nota; Teruskan membaca novel saya di majalah Aniqah dengan judul Melur Hasanah, dengan siri ketiga (Jun 2009) dengan siri ‘Bukan Jatuh Cinta.’
Tinggalkan jawapan
Jun 2, 2009 at 9:23 am
Akan saya minta isteri belikan:)
Jun 3, 2009 at 7:06 am
Terima kasih, en.anuar.
salam buat isteri anda, mudahan dalam Rahmat-Nya selalu
Jun 7, 2009 at 1:02 pm
la dah keluar ke?
buku die dah siap?
mesti masuk “must buy list” ni!
Jun 13, 2009 at 5:09 pm
ATBK,
doakanlah ‘hutang’ nas dengan editor aniqah cepat langsai, mudahan lepas tu boleh terus cetak dalam bentuk buku. amin!
Jun 12, 2009 at 11:06 am
Salam ziarah..;)
Jun 12, 2009 at 11:09 am
salam ziarah:)