Kalau dibandingkan dengan penulis terdahulu yang terdidik oleh alam dan persekitaran perang, penulis muda sekarang lebih beruntung apabila datang dengan ilmu dan disiplin yang pelbagai. Nasriah misalnya dari jurusan undang-undang telah menyentuh mengenai kekangan undang-undang yang membataskan penghasilan karya kreatif.
Nasriah yang beberapa kali memenangi anugerah di HSKU melihat bahawa sekatan secara langsung dan tidak langsung boleh menjejaskan kebebasan berkarya terutama golongan muda. Beliau menuntut diberikan kelonggaran supaya golongan penulis bebas melontarkan pemikiran dalam lingkungan adab sopan budayanya.

Jun 1, 2009 at 2:33 am
Salam ukhwah fillah abadan abada.
Saya adalah seseorang yang mahu mula berjinak-jinak dalam arena penulisan.
Mohon tunjuk ajar akak dalam menunjuk arah jalan yang benar kepada saya!
Jun 3, 2009 at 7:05 am
Insya-Allah, mulakan dengan ketahui teknik dan cara penulisan, seterusnya teruskan cuba, cuba dan cuba. juga, baca karya-karya tukangan penulis yang hebat dan mapan
Jun 1, 2009 at 10:56 am
hehe nampak artikel ni semalam kat paper… mule2 tak perasan tapi bile ternampak tahi lalat mahal tuh, rupe2nyer cik nas kite! amboi, rasenyer ni gambar paling besar kot setakat ni kluar kat paper. iklan free.
Jun 3, 2009 at 7:06 am
Iklan free?
boleh la….
nak harapkan bayar ruangan kat iklaneka tu nanti orang kata kita super-gedik!