Si Nakhoda Bangsa (yang saya jumpa di Universiti Malaya bulan lepas) dah sibuk-sibuk suruh saya jogging, katanya ‘ketumpatan’ saya nampak makin meningkat. Saya gelak dengar dia membebel dan mengerutu mengalahkan orang perempuan.
Pulang ke rumah, saya tanya emak, betulkah saya nampak bertambah gemuk? Emak iyakan, dan memang saya yakin emak tak menipu. Baju-baju dah banyak juga yang tak muat dan perlu diberi untuk anak saudara. Terpaksa pula keluarkan duit beli baju baru untuk ganti.
Setahun lepas, waktu saya sedang hadapi beberapa perkara yang perlu diselesaikan, berat badan mendadak susut. Ketika itu andai ditanya kenapa, saya akan senyum. Dan, kalau ditanya, “anda sakitkah hingga nampak cengkung?” – Mulalah saya bengang, tiba-tiba rasa ‘marah’ dengan soalan begitu.
****
Kini (sekarang ni) saya dalam makmal komputer, adik junior menepuk bahu dan tanya dengan nada ala-ala Cik Bedah menegur jiran sebelah rumahnya dengan nada terkejut; “eh..eh, kenapa ni Kak Nas, kenapa tembam, kenapa debab..”
Macam selalunya saya jawap, “senang hati.” (memang selera makan bertambah walaupun hanya nasi kosong dengan kicap, aneh sungguh.)
Dia tanya, “kenapa, nak kawin?”
“Bukan, sebab baru lepas ‘bercerai’ dan ‘tamat iddah’.”
“Hah?!”
Kain tudungnya tersenget-benget ketika dia garu kepala. Barangkali cuba mewaraskan sama ada apa jawapan saya itu satu lawak atau apa. Yang pasti, selepas itu dia keluar dari makmal dengan berjalan terhuyung-hayang.
****
Kawan yang lain cadangkan, ambillah kesempatan puasa ni untuk turunkan berat badan. Saya kata, “sorry, aku sengaja bela lemak-lemak aku ni…”
Sekarang, kalau orang tanya kenapa ‘ketumpatan’ saya nampak bertambah, sungguh-sungguh saya seronok. Andai pagi-pagi lagi orang menegur begitu, nescaya seharian saya rasa senang hati dan bersemangat nak teruskan rutin.
Saya ‘takjub’ dengan keterbalikan ini!
(Sengaja buang masa untuk mencatat)
Jom hidup dengan seronok dengan hati yang bahagia!

September 10, 2008 at 5:09 am
lawak la kak nas.
lets live hard,
but party harder!yay!
September 10, 2008 at 5:25 am
Hehehe Fawa,
jooomm!!!
Hidup kini ialah pesta gala-gala!
September 10, 2008 at 5:38 am
Slamat berbahagialah.
Ramadhan ini munkin ada peluang untuk jadi lebih kecil?
September 10, 2008 at 12:20 pm
kak nas nampak tembam sekarang
(saja nak bagi mood kak nas baik sepanjang hari ni. hehe )
September 11, 2008 at 1:35 am
Ahmad yang baik,
terima kasih, doakanlah saya bahagia..(daoakan beroleh kebahagiaan dunia akhirat!)
ya, ramadhan beri peluang itu, tapi saya yang tak mahu ambil. hehe
September 11, 2008 at 1:37 am
Nissa’..
Yay!!
Yay!
YAYYY!!
hehe, terima kasih..
September 11, 2008 at 5:32 am
nas masih kurus lagi
September 11, 2008 at 12:10 pm
Erk?…erm…
La la la la la la lala la la lala la la (nyanyi ikut mcm lagu Dewangga Sakti – Belayar ke Pulau Jauh (Mencipta Rekod Dunia)
September 16, 2008 at 4:20 am
salam kak nas, at last dpt gak ika msk blog kak nas.. thanks 2 FT!!!
September 16, 2008 at 8:34 am
Ika,
u’re mostly welcome!!
(hai, dah lama tak datang bilik kak nas, sibuk ke sekarang?)
September 26, 2008 at 12:47 am
salam nas,
komen yg jujur yg mengandungi intelek emosion. saya suka. Akak belum pernah menonton teater di istana budaya. kalau menonton pun, belum tentu boleh menilai sebagus nas yang nas dapat.
selamat menjalani iaadah puasa di hari2 akhir ramadhan kali ini dan selamat menyambut hari raya.
maaf, zahir dan batin.