Hampir menginjak Julai, laman ujana saya juga sedikit bersawang kini. Sebetulnya, beberapa perkara penting sedang saya fikirkan dan uruskan kini. Apabila berlaku konflik antara ‘minat’ dan ‘tanggungjawab,’ saya akan mendahulukan tanggungjawab – kerana itu yang akan ditanya oleh Tuhan nanti. Minat mungkin akan jatuh ke tangga nombor dua, tiga…atau entah ke berapa.

 

Tapi, bagaimana nanti jika ‘minat’ dan ‘tanggungjawab’ saling tindih-menindih? Maksudnya, ‘minat’ menjadi satu ‘tanggungjawab,’ dan ‘tanggungjawab’ pula sebetulnya ialah ‘minat’ dan dalam satu-satu masa tertentu, ia menjadi satu. Ya, satu. Yang tak boleh dipisah-pisah, dikompromi?

 

Memang penat dan lelah menguruskan empat urusan penting dalam mengejar satu date line, serentak! Kadang-kadang, saya juga jadi pelupa dek kerana memenuhkan ruang ingatan dengan urusan ‘minat’ dan ‘tanggungjawab’ yang sudahpun menjadi satu itu. Pagi semalam, saya mencari pakaian yang siap diangkat daripada ampaian dan sudahpun dilipat. Saya selongkar satu almari untuk mencari dan memakainya, tapi hilang. Petang tadi, saya jumpa pakaian itu dalam bakul kain kotor yang dihimpun untuk dicuci. Bagaimana saya boleh tertukar antara ‘bakul kain kotor’ dengan ‘almari pakaian bersih’ pun, saya tak tahu. Aduh, gawat!

 

(borang 1)

 

(borang 2)

 

 

 

           Antaranya perkara-perkara penting itu ialah menguruskan proses mengisi dan menghantar dua set borang ini. Borang 1 – saya dapat percuma, tapi perlu membayar RM 75 untuk diproses. Borang 2 – saya perlu bayar RM 5, dan perlu juga menambah RM 25 untuk diproses. Borang 1, saya perlu hantar selewat-lewatnya 1 Ogos ini, dan untuk Borang 2, ia perlu sampai kepada penyelenggaranya sebelum 15 Ogos nanti.

 

Begini sahajalah – doakan agar semua urusan saya berjalan lancar. Doakan agar kedua-dua borang itu selamat diterima oleh penyelenggaranya nanti, juga doakan agar tujuan pengisian borang itu diluluskan oleh pihak yang menerimanya. Yang tentu, itu bukan borang yang memerlukan saya menghadiri satu kursus khusus, atau menjalani pemeriksaan HIV.

 

Doakan, doakan borang yang mendebarkan itu…!