KENDURI BUKU!
10 Jul 2008 27 Komen
Baru-baru ini Hani ke Jakarta. Memang tak sah, atau tak lengkap perjalanan ke Indonesia (saya kira) jika tidak ke kedai-kedai buku. Mendengarkan Hani menggambarkan ‘pesta’nya di kedai-kedai buku. Aduh…memang saya telan liur.
Saya minta Hani belikan buku puisi. Memang sekarang saya rasakan penulisan puisi saya sudah ‘tumpul.’ Setidak-tidaknya, membaca buku puisi barangkali boleh menajamkan (barangkalilah ya!). Saya minta Hani pilihkan kumpulan puisi penulis Indonesia, dan Hani belikan Aku Ini Binatang Jalang (Chairil Anwar) dan Biksu tak Berjubah (Sitor Situmorang). Terima Kasih, cik kak!
5 Julai lepas, saya ke malam MASKARA (Sindiket Soljah, tentangnya boleh baca di sini, atau di sini) untuk bacaan karya. Sekadar membacakan puisi dan petikan cerpen. Berhampiran pintu masuk rumah PENA malam itu, ada disediakan kotak dan di dalamnya terkandung buku-buku dan cd untuk diberi percuma kepada sesiapa yang berminat untuk memilikinya. Dalam buku-buku yang diletakkan dalam kotak itu, saya berminat memiliki Bagai Layang-layang (Zaiton Ajamain), juga sebuah kumpulan puisi. (Terima Kasih buat penderma buku itu).Terima kasih, Cik Ghafirah yang punya ‘cerita gelak-gelak’ tersendiri ketika dalam perjalanan pulang malam itu, dan terima kasih juga untuk geng-geng Soljah yang tak kisah saya pulang awal.
Malam MASKARA itu juga, saya beli sebuah buku daripada penulis yang saya gemari dengan ‘genre’ yang saya minati sejak sebelum masuk sekolah rendah – Tenas Effendy, berjudul Tunjuk Ajar Melayu.
Beberapa buah buku beliau diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka juga, dan antaranya pernah saya hadam daripada perpustakaan universiti. Kulit buku ini nipis, berketebalan 687 muka surat dan kertas helaiannya juga agak nipis- kurang menyelesakan pembacaan kerana dalam kekhusyukan anda menelaah, anda perlu sentiasa beringat (ini gangguan tumpuan sebetulnya) untuk membeleknya dengan berhati-hati dan ini mengganggu kepuasan pembacaan.
Buku terbitan Balai Kajian dan Pengembangan Budata Melayu (dengan kerjasama Penerbit Adicita Yogjakarta) ini mengandungi ungkapan-ungkapan yang amat indah dari segi maksud dan falsafahnya. Saya belum membalut buku ini, jadi sekadar belek-belek dan baca sepintas lalu secara ‘takut-takut.’. Apa yang saya boleh dikatakan, buku ini ‘mengasyikkan’untuk membawa kita berfikir falsafah-falsafah dalam ungkapan tersebut, hingga saya terfikir sendiri – patutlah jika orang kurang beradab kita akan gelarkan ‘kurang ajar.’ – Nah, mungkin kena sekali dengan tajuknya Tunjuk Ajar Melayu.
Pernah ‘makan kenduri buku?’ Itulah yang sedang saya ‘kendurikan’ sekarang. 7 Julai lepas, rakan saya hadiahkan buku. (buku ialah hadiah universal – sesuai untuk dihadiahkan untuk sesiapa juga, tidak kira gender, umur, bangsa…setuju?) Memang hati kembang apabila menerima sebuah kotak besar berisi buku yang dihantar terus ke kolej penginapan di kampus. Membuka balutan kotak dalam uja, buat saya terfikir bahawa membalut hadiah (yang berupa buku) untuk dihadiahkan kepada ‘pemabuk buku’ ialah satu langkah yang kurang praktikal. Bayangkanlah, dalam uja dan debar melihat isi kotak yang terkandung buku, aduh…seksa juga. Lalu, apalah gunanya pembalut cantik andai untuk dikoyak-rabakkan dengan ganassssz…(kan?).

Di dalamnya saya dapati ada buku-buku pelbagai tema dan jenis terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Ada juga yang sudah saya miliki dan sudah dikhatam di perpustakaan universiti. Tetapi tak mengapalah, saya punya anak saudara untuk dihadiahi dan punya kawan-kawan lebih daripada seorang untuk dititipkan juga. Antara yang dihantar untuk ‘kenduri buku’ santapan saya ialah;
1. Air Mata Ibu (novel) – Soo Cham
2. Merentas Sungai Sejarah (novel) – Mohd. Nazmi Yaakub
3. Lerailah Musim Duka (novel) - Zawiah Che Pa
4. Mutiara Pulau (novel) – Halim Mahat
5. Cowrie Emas (novel) - Salmiah Alias
6. Korban Kasih (novel) – Fatimah Saidin
7. Cinta Sinyur Kosta dengan Si Gundik Cina (novel) - Daeng Ramliakil
8. Kembali (novel) – Norleen Md. Mohid
9. Hempasan Ombak (novel remaja) – Zailani Taslim
10. Di Hujung Perjuangan (novel remaja) – Mohd. Ghazali Tocheh
11. Anak-anak Wawasan (novel kanak-kanak) – Sureini Ahmad
12. Menyusur Sungai Seribu Misteri (novel kanak-kanak) – Kamaludin Endol
13. Madu Dalam Saringan (novel terjemahan) -Kamala Markandaya, diterjemah oleh Mokhtar Ahmad)
14. Anak Raja dengan Anak Papa (novel terjemahan) – Mark Twain, diterjemah oleh Za’ba
15. Si Fadet Kecil (novel terjemahan) – George Sand, diterjemah oleh Yusniza Abdullah
16. Safinaz Idayu (kumpulan cerpen) - Ghazali Ngah Azia
17. Demi (kumpulan cerpen) – Marsli N.O
18. Tuntut (kumpulan cerpen) – Akiya
19. Rapsodi (kumpulan cerpen)- Zaen Kasturi
20. Debu-debu Berterbangan (kumpulan cerpen) - Baharuddin Harun
21. Rebab Bertali Tiga (antologi cerpen) – Aripin Said
22. Kami dan Afeya (antologi cerpen remaja) -Jabatan Perpaduan Negara
23. Ujana Rindu (antologi cerpen)- Mohd. Ashadi Saiman, Siti Hajar Mohd. Zaki
24. Remaja dan Cinta (bacaan umum) – Robiah Kulop Hamzah
25. Kanang, Cerita Seorang Pahlawan (autobiografi) – Maznan Noordin
26. Manusia dan Islam (bacaan umum) – Dr. Haron Din dll
27. Panduan Kesihatan Gadis Remaja (bacaan umum)- Zalina Ismail.
28. Remaja dan keterampilan Diri (bacaan umum) – Robiah Kulop Hamzah
29. Sakit Kepala (bacaan umum) – Nafeeza Mohd. Ismail
30. Kulit, Rambut dan Kuku (bacaan umum) – Jamilah Jamaludin, Mohd Hamim Rajikin.
31. Diabetis Melitus – Punca, Cara Kawalan dan Rawatan (bacaan umum) – Jamaludin Mohamed, Khairul Osman.
32. Peribahasa Sekolah Menengah (bahasa) - Asiah Abdul Rahman
33. Kumpulan Pantun Melayu (puisi, bahasa) – Selenggaraan Zainal Abidin Bakar
34. Pandangan Semesta Melayu- Pantun (puisi, bahasa) - Selenggaraan Rogayah A. Hamid, Jumaah Ilias
35. Wanita – Penghapusan Diskriminasi dari Perspektif Islam dan Undang-undang Malaysia (undang-undang) - Rozi Bainon
36. Al-Syariah – Konsep dan Perundangan Islam (undang-undang) – Siti Zalikhah Hj. Mohd Nor dll.
Saya bayangkan, jika setiap sebuah buku dalam kotak itu ditukar menjadi seekor ayam, maka sudah banyak masakan yang boleh saya siapkan untuk sebuah kenduri besar. Gulai, percik, kuzi, rendang, masak merah, kari, paprik, tom yam…(huh!) Kata rakan saya itu – ini ialah hadiah ulangtahun kelahiran untuk tahun ini (walaupun lambat lagi). Terima kasih, sahabat yang baik!
(Buku-buku ini mustahil akan dihabiskan bacaannya dalam tahun 2008. Buat masa ini Nasriah sedang cari jalan terbaik dan praktikal untuk hantar buku-buku pulang ke rumah untuk menutup diari pengajian nanti).
\P/s: Jemputlah berkunjung ke bilik saya ye, boleh makan-makan kenduri sambil menjamu teh panas. semester ni saya tambah 2 lagi jenis teh berperisa di bilik. antara yang ada ialah teh jasmin, teh ros, teh limau, teh hijau, teh strawberi, earl grey dan english breakfast. Hani, datanglah minum teh lagi. Gopi pun, mailah minum teh strawberi lagi…
—> tertakluk kepada gender, ie: PEREMPUAN sahaja.






Jul 10, 2008 @ 12:35:46
Wah kenduri buku di sini!
Jul 10, 2008 @ 19:56:47
Salam Nas,
Buku “Tunjuk Ajar Melayu” karya Pak Tenas itu memang antara koleksi kesayangan saya. Selalu capai buku itu kalau mahu mencari inspirasi & kekuatan. Langsung menjadi saya sangat bangga menjadi anak Melayu!
Jul 11, 2008 @ 04:36:41
Ayo bentang saprah, sediakan pinggan, kendi basuh tangan, gelas dan air minum. Kemudian marilah “santap” buku-buku yang banyak-banyak tu.
Aku pun sekarang siap buat perancangan buku mana yang habis dibaca dahulu, buku mana yang harus dibaca kemudian. Itu tak campur buku-buku kuliah yang wajib dibaca…hahaha. Harap-harap dalam beberapa bulan ni kita akan lebih jadi “pandai” sedikit…hehehe.
Jul 11, 2008 @ 08:08:11
Dr Bubles, meh masuk meh…meh..duduklah ya, buat macam rumah sendiri
Jul 11, 2008 @ 08:10:26
Kak Nisah, betul…betul..
bila baca buku tu kan, saya rasa bangga jadi Melayu. falsafah-falsafah dalam ungkapan tu perlukan ketinggian intelejktual juga untuk memperkatakan dan memikirkannya. terharu saya kerana Pak Tenas himpunkan dan jilidkan ungkapa-ungkapan dalam buku ni.
Jul 11, 2008 @ 08:10:55
OOh yach…Hani, meh masuk meh. ngkau kena makan bertambah tau. jom!
Jul 13, 2008 @ 09:28:26
info yang menarik…http://ibnismail.wordpress.com
Jul 13, 2008 @ 12:32:18
Kalau buku-buku puisi yang satu set dengan buku Zaiton Ajamain tu ada di koperasi DBP, harga RM1 senaskhah. Ada Imlan Adabi, Puzi Hadi, Awang Abdullah, dsb. Ada RM10 dah dapat 10 naskhah!
Jul 14, 2008 @ 02:39:41
Aku Ini Binatang Jalang dengan Biksu tak Berjubah yang paling lazat.
Boleh pinjam nak fotokopi?
‘Sedang dengan cermin aku enggan berbagi’
-chairil anwar
Jul 14, 2008 @ 06:34:57
Saudara Musaddad, terima kasih atas kunjungan. silakan bertamu lagi untuk kenduri lain pula
Jul 14, 2008 @ 06:36:21
Fahd razy…wah…satu berita baik, tu belummasuk dengan diskaun rakan dewan 25% lagi tu. hehe..nantilah kita pi kendiri kat kedai buku dewan pulak! nyum! nyum!
Jul 14, 2008 @ 06:37:10
zawan baba, boleh sahaja kalau mau pinjam dong…!
Jul 19, 2008 @ 04:18:22
masyaAllah kak nas… bestnya. banyak betul buku-buku menarik. saya dah terliur ni=)
Jul 23, 2008 @ 04:26:17
kenduri durian pun sedap jugak..
Jul 23, 2008 @ 15:57:21
ya ampunnnnnnnnnnn~~~~~~~~~~~
pastinya… suatu hari nanti… aku dgn senangnye menikmati teh ros (mungkin) d bilikmu…. sambil berkenduri buku.. ewaaahhhh
Jul 24, 2008 @ 17:12:01
Makin dahsyat penulis2 wanita kita!
Jul 25, 2008 @ 09:07:25
Nissa’ Yusuf, huhu…memang sengaja nak bagi orang lain terliur pun! ;P
Jul 25, 2008 @ 09:08:42
Anis D, hadoi mak….kenduri durian memang sedap. tapi hal kenduri durian belum sempat masuk entri…banyak kereja dong! nantilah…
Jul 25, 2008 @ 09:10:03
Jah, sebanyak 3 kotak buku sudah dieksport balik rumah. dan yang tinggal dah sedikit, tapi buku-buku terkinilah jugak. datanglah wei, tak payah ulang ayat sama sejak dulu…haddoi mek!!
Jul 25, 2008 @ 09:12:06
saudara amiza khusyri, dahsyat? aduh mak, anda terlebih dahulu de bomb! dari kami
Ogo 24, 2008 @ 16:54:37
dah lama cari novel korban kasih fatimah saidin tu..almost 9 years now since i read it..erm..blh pnjam tak??huhu
Jun 01, 2009 @ 04:15:00
salam kak..sy dh lame cr novel korban kasih – fatimah saidin tuh..dh byk kedai jgk la sy intai2, kat gerai DBP tiap kali ade pesta buku pun, tp xjumpe jgk..bleh tlg sy, mcm mane sy nk dptkan novel tuh? sedih sgt sbb sy pernah ade novel tuh kire2 15thn dlu, tp sorg kwn pinjam & hilangkan..akak boleh tolong sy x?
Jun 19, 2009 @ 13:44:59
saya pun dah lame cari buku korban kasih…dah lame rasenye tiap bab yg saya bace mesti menangis punyela…
tp tak tau nak carik kat mane…
dulu pinjam kat libry sekolah
tp tu dah bape tahun ntah…
novel yg sgt menarik.
Feb 10, 2010 @ 16:45:52
ye la,1 1 nya novel yg membuat kan air mate saya mengalir :’(
Feb 10, 2010 @ 16:44:49
salam kenal,meng”gugel” nak cari novel Korban Kasih
saya dah lama mencari novel korban kasih.
dimanakah saya boleh mendapatkannya
minta tolong
Apr 13, 2010 @ 11:26:28
Salam semua, saya baru mendapatkan semula naskah novel korban kasih tersebut selepas dijangkau oleh kengkawan sedekad lepas…ada kawan tolong belikan secara online…cuba carik kat dalam website dawama…selamat membaca.
Untuk pengetahuan, saya membaca novel tersebut ketika masih dalam bentuk draf lagi kerana pengarangnya adalah rakan lama saya…
Ogo 04, 2011 @ 23:19:29
salam…boleh tanya…
novel korban kasih;fatimah saidin tu boleh jual kat sy x?